Saturday, January 17, 2009

Klik and Kebooooffff

Mari kita lakukan sedikit magis!

Gambar pertama:

Zam zam ala kazammmm..... keboooofffff !!!!!!!!!!




Adakah Jessie telah dibawakan khas dari Kalifonia menggunakan lampu ajaib?

how we wish eh?

Zaman sekarang lampu ajaib susah lagi untuk didapati di pasaran. Tidak mengapa, kita kan sudah ada stok tak berkesudahan magis - magis berbentuk digital. Magis kali ini dinamakan Adobe Photoshop. Versi ke berapa itu tidak menjadi isu utama.

Marilah kita sama-sama mencuba magis ini.

Pertama sekali... jika ada gambar yang ingin dimagiskan dengan kemunculan orang baru... harus mencari ruangan terbaik dan juga gambar ter-sesuai untuk dimasukkan. Sebagai contoh, gambar di atas tadi, dan juga gambar di bawah ini. Di mana kita boleh mengduplikasi Jessie dari sudut yang sama.


Oh ya... jangan lupa buka Adobe photoshop nyer dulu. Ok... marilah kita memulakan operasi pengklonan XYXX#$2331...
  1. Buka Fail gambar yang nak di-sunting... gagaga... edit=sunting kan?
  2. Buka Fail gambar yang mempunyai gambar yang ingin di"extract" @ di-ciluk.
  3. Pergi kepada ToolBar.. dan cari Ikon (Clone Stamp Tool) ini:
    (dibulat merah)
  4. Di atas pula akan keluar seperti ini, sejurus memilih ikon itu

    (Brush: 33) 33 itu adalah saiz berus untuk melakukan pemberusan. Parameter ini boleh diubah mengikut kesesuai imej. :D
    (Mode: Normal) Kalau opsyen lain, susah sikit mahu memberus
    (Opacity: 90-100%) Opacity akan memberi nilai ketelusan. Lebih rendah opacity, menjadi lebih telus @ "transparent". Jadi untuk pengklonan yang baik, pilihla opacity yang tinggi atau maksima.
  5. Berbalik pada file gambar kita. Tekan pada papan kekunci Alt dan Klik pada titik fokus imej yang ingin diklonkan. Akan keluar tanda seperti dibawah dan sebaik kita melepaskan klik, ia akan menentukan titik tengah itu sebagai titik permulaan pengklonan.
  6. Kita boleh mulakan pengklonan. Pergi kepada gambar yang ingin kita sunting, dan mula memberus pada kawasan yang ingin kita bawakan imej klon kita. Semasa kita memberus, seperti contoh di bawah, suatu penanda + akan bergerak secara selari dengan arah berus kita. Ia akan menunjukkan titik - titik (pixels) yang sama sedang diberus.
  7. Memberus dengan teliti akan memberikan hasil yang lebih baik. sebaiknya gunakan saiz berus yang lebih kecil ;-) Yaaa.. dengan itu.... 7 langkah anda berjaya membawa sesorang ke dalam gambar anda dengan mudah sekali.


SELAMAT MECUBA!

p/s: jangan aplikasikannya untuk ke arah tujuan negatif yaa. Contoh aplikasi yang tidak membawa kesan negatif adalah gambar kumpulan foto. Pada ketika tiada jurukamera tambahan dan ketiadaan tripod yang baik. Kita boleh mengambil dua gambar sama dengan orang berbeza menjadi juru kamera. Boleh lakukan pengklonan kemudian. Contoh:

Can u tell who's been cloned? I was the first photographer and the second photographer took this photo. Later, I cloned her. I am so glad I need not use chemical substance / formula to perform Cloning :P~ gegeggee

No comments:

Post a Comment