Wednesday, December 12, 2007

aku sekeh kang....

Summarised/shorten from previous blog
aku terstumble upon this page. It was a forum, ada org2 dok citer masalah, then ada satu post dari seorang lelaki, beginilah isinya:

=quote =
baru2 nie masuk club cari kawan dptler kawan dgn 3 awekz nie so skg x tahu nak pilih yg mana satu. nak jadikan cite yg satu nie ok keja pun bagus but muka tak berapa ok n yg nie ler yg kerap contact i. so at this moment i conpius apa yg nak buat.i pun ada buat sembahyang tu sama dgn yg lain2 xda mimpi2 pun tu yg jadi lagi bingung. so my question utk kekawan lelaki ok ke kalau dpt gf yg x lawa nie. coz 4 me kekadang tu rasa ok kekadang rasa x ok.
=unquote=

Helloo!! cantik itu very subjektif tau!


Yang meng-annoy-kan aku adalah orang2 yang obsess dengan mende ni. Bagi aku la, as long as kita dan org sekeliling masih boleh tolerate dengan identity kita sendiri… tak perlulah nak make too much effort to be someone else…

The key to happiness starts with being happy with who you are

Pasal fizikal ni… jgn la nak komplen2 sgt… (bersyukurlah dan always be POSITIVE)

Pasal yang nak cari2 calon ni… jgn la letak kriteria2 yang terlampau fizikal… sbb fizikal ni, satu ari nanti akan deteriorate jugak. Kalu leh, utamakan iman dan akhlak org tu, cantiknya orang tu biarlah dari hati dia.

aku lebih suka kalau orang tu gembira dengan diri dia tanpa terlalu bangga-riak dengan keistimewaan diri dia atau obsess

Tuesday, December 4, 2007

Cicak yang Durjana

Semalam Emme ajak melepak di persisiran laut Queensbay Mall. Bes la makcik ni, sebab hobi dia makan, dan hobi aku pula makan bila diajak makan. Petang tu mmg indah la, cewah… bukannye wat apa pun, makan kuih2 dan ayaq kat batu-bata tepi laut queensbay tu jer, bersama rakan-rakan lain – nando, kak ilah, rash, dan adikku. Semakin lewat, smakin banyak angin-bayu senja lah tu kot.

Hmm sebenarnya aku pun tatau apa yang aku nak tuleh… haha…

but.. sbnarnya melepak tanpa tujuan selepas sehari bekerja ni mmg bes… sbb merilekskan diri serba sedikit lah. So kami pun bersembang, merepek,ketawa2 dan menyakat sesame sendiri. Bila dah konpem senja… berlari-lari anaklah kitorang ke queensbay mall itu dan menjalankan rukun islam yang kedua. Selepas puas melepak dan memenangi tmpt pertama di racing circuit Daytona, pergilah kami untuk makan malam di gold coast (bayan bay).

Bertapa di pondok feveret, dan waaaa angin pantai dia sunggoh lah bes. Ramai pulak malam itu, rupa2nya budak2 matrik kmpp… waaa ini sudah kira junior cycle ke berapa ntah :) sebelum pulang smpt lah kami interview bdak2 yang melepak bermain pasir pantai berdekatan pondok kami itu. Kelab bowling kata mereka… waduh2 , kmpp sudah ada kelab boling gituh, wuuu… gitu skali.

Setelah di drop kan di skul, daku bawak kete… dan bersama kak ilah dan adikku menuju ke tekun. Rancak aku bersembang dengan kak ilah, tidak ku sedar adikku menyebut “macam bee movie” berkali-kali…

Tiba-tiba aku terlihat cicak durjana muncul di hadapan bonet depan kereta ku, membuatkan aku terjerit kegilaan… kerana aku sememangnya menci dan takut dan menyampah dengan cicak – cicak sedunia.

Mereka berdua pun sudah ke-gabra-an kerana aku masih menjerit2 tanpa memberikan konsentrasi penuh pada pemanduan aku. Mencii!!!! Aku geliiii…. Menulis di sini… mengingat kembali juga buat aku menjadi geli geleman semula… berani itu cicak! Boleh dia memandang muka aku apabila dia sampai ke cermin depan itu.. berani sungguh ya! Akhirnya kerana kekeliruan yang melampau, cicak itu kamikaze lalu melompat dari bonet depan kete tersebut. Namun aku terus juga pull over dan turun untuk memastikan cicak itu betul-betul sudah kamikaze… syukurlah dia dah takdok…. Huuu.. mengggeletar aku dan hamper mau menangis aku di situ…

Sampai ati ko cicak.. hari ku yang indah diakhiri nightmare yang terbawa-bawa sampai ke mimpi selepas ku pulang untuk tidur… tidakk!!! Jgn ganggu idop ku lagi, cicak… !!!!

mesej ini disampaikan khas kepada cicak-cicak sedunia...

~ sekian terima kasih ~